Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mula mengumpulkan semua buku teks SPBT seperti ketetapan berikut:
1. Tahun 6 – 31 Oktober 2011 (Isnin) 9.00 – 11.00 pagi
2. Tahun 5 – 1 November 2011 (Selasa) 9.00 – 11.00 pagi
3. Tahun 3 & 4 – 2 November 2011 (Rabu) 3.00 – 5.00 petang
4. Tahun 2 – 3 November 2011 (Khamis) 3.00- 5.00 petang
5. Tahun 1 – 4 November 2011 (Jumaat) 9.00 – 11.00 pagi
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberikan kerjasama kepada anak/jagaan tuan/puan dan pihak sekolah bagi melicinkan lagi proses pemulangan buku tersebut seperti di atas.