Berita sekolah

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012_RM 100.00

Assalamualaikum,


Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat wang bantuan khas persekolahan dari kerajaan yang belum dituntut oleh ibu bapa/penjaga murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga dapat menuntut dari pihak sekolah dengan kadar segera sebelum tutup pada 15.12.2011… untuk tujuan pengurusan akaun sekolah. Tuan/puan ibu bapa/penjaga yang masih belum berkesempatan untuk menuntut bantuan, boleh berbuat demikian mulai 1.1.2012 hingga 25.3.2012 di pejabat sekolah.

Sila bawa bersama
a) Surat Beranak/Sijil Lahir anak
b) Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga yang menuntut


Kerjasama tuan/puan ibu bapa/penjaga amat kami alu-alukan dan kami dahului dengan ucapan ribuan  terima kasih.

Md Zohri bin Saluki
SK Taman Putra Perdana 2,
Puchong Selangor.