Berita sekolah

MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga
Murid- murid Tahun 6
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah merujuk surat PPDS.PEP.700-1/1/1 Jld 3(54).
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan UPSR bagi sesi persekolahan 2013 akan diumumkan pada ketetapan yang berikut:
                        Tarikh                                     : 14 November 2013 (Khamis)
                        Masa                                      : 10.00 pagi
                        Tempat
            Pengambilan Slip UPSR      :  Pusat Sumber SKTPP2
        
                                                                                               
3.         Sehubungan dengan itu, ibu/bapa/penjaga boleh hadir untuk mengambil slip keputusan UPSR selepas pukul 10.00 pagi. Untuk makluman tuan/puan, murid- murid yang terlibat menerima hadiah sempena majlis Hari Anugerah Cemerlang dikehendaki berada di khemah penerima hadiah sehingga majlis selesai bagi melancarkan perjalanan majlis tersebut.
4.         Tuan/Puan juga dinasihati agar dapat menyelesaikan segala urusan persekolahan seperti buku teks, bayaran dan siji- sijil melalui guru kelas masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(KAMSANI BIN SAHLAN)
Guru Besar
SK Taman Putra Perdana 2