Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 28 (SESI PETANG)

 

Pada 16 Oktober 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di
Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu
Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan
dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin
oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Puan Nurul Marshida binti Mohamad.  Beliau memaklumkan kepada
murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan,
iaitu:

  1. Encik Yamin Aswat
  2. Puan Siti
    Baizura
  3. Puan Zauiyah
  4. Puan Nor
    Anis
  5. Puan Azimah

 

Beliau turut memberi sedikit pengumuman dan pesanan  kepada murid-murid berkenaan tandas disebelah
bilik PPKI ditutup pada waktu petang. Beliau juga mengingatkan supaya murid
makan ditempat yang disediakan pada waktu rehat. Murid dilihat memberikan
tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut
mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz  Hafidzuddin bin Yahya, Ketua Disiplin
SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan
    murid supaya berpakaian kemas dan lengkap dalam uniform sekolah atau baju
    t-shirt sekolah.
  2. Mengingatkan
    murid supaya menjaga kebersihan kelas dengan membuang sampah yang ada
    dalam meja ke dalam tong sampah.
  3. Beliau
    juga mengingtakan supaya murid tidak bermain ditempat yang mendatangkan
    bahaya semasa rehat dan semasa berkumpul di dewan terbuka.

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NURUL
MARSHIDA BINTI MOHAMAD

Ketua Guru Bertugas Minggu 28

LAMPIRAN BERGAMBAR


Bacaan doa oleh pengawas bertugas

 

Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas

Ucapan guru bertugas

Ucapan guru disiplin