Berita sekolah

Program Awal Remaja

Program Awal Remaja merupakan program wajib yang dirancang untuk semua murid Tahun 6 selepas peperiksaan UPSR. Program ini merupakan  pendedahan awal kepada semua murid yang telah memasuki fasa baru iaitu awal remaja. Antara objektif yang cuba disampaikan kepada murid ialah;



  • Meningkatkan pengetahuan murid tentang
    perubahan fizikal dan mental yang akan mereka alami sebagai seorang remaja
  • Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
    cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai seorang remaja.



Terima kasih dari pihak sekolah kepada Ustaz Razis b Md Shainisi dan Ustazah Rahayu bt Ghani atas perkongsian ilmu bersama murid-murid SKTPP 2. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian anak didik kita.


Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pelaksanaan program




Ustaz Razis yang berpengalaman dalam perkongsian ilmu berkaitan awal remaja

Murid-murid lelaki dan perempuan diasingkan untuk memudahkan penyampaian maklumat 

Diadakan di Bilik Mesyuarat Anggerik dan disampaikan oleh Ustazah Rahayu yang sangat berpengalaman

Tekun mendengar penerangan dari Ustazah Rahayu