Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN

MINGGU 40
(06 -10 November 2017)
Perhimpunan rasmi Isnin, 06 November 2017 dimulakan dengan
nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu
Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan
lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas
sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor
mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang
bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.     PN. IFAHAYATI
BINTI ISMAIL
2.     PN. NUR HAFIZAH
OTHMAN
3.     PN. ZARIPAH
BINTI ISMAIL
4.     PN. NUR SYAFRIDA
BINTI IBRAHIM
5.     PN. NASIBAH
BINTI MD YUSOFF
6.     PN. NOREHAN
BINTI AB SAMAD

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika
menghadapi sebarang masalah.
Tema pada minggu ini ialah “Kebersihan dan Keceriaan
Sekolah
”.

Guru bertugas mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Antara intipati ucapan guru bertugas
adalah :
1.     Tidak membuang
sampah merata-rata
2.     Menjalankan
tugas mengikut jadual bertugas mingguan
3.     Menjaga
kebersihan tandas
4.     Tidak menconteng
dinding sekolah mahupun kelas
Sama-samalah
kita menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah agar murid-murid sentiasa seronok
dan gembira untuk datang ke sekolah ibarat “Sekolahku Syurgaku”. Setiap orang
mukmin perlulah mementingkan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan kerana
kebersihan adalah separuh daripada iman.
PENYAMPAIAN
HADIAH KEPADA MURID

Seterusnya
majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid  yang terlibat iaitu :
  • Hadiah sempena
    aktiviti murid tahun 6
  •  Hadiah buku teks
    terbaik mengikut tahun
  • Sijil Kolaborasi
    Pintar PdPc PAK21 Merentas Negeri Peringkat Kebangsaan






Perhimpunan berakhir
pada jam 8.30 pagi.