Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum akan mengadakan Program Minggu Adiwira Kerjaya dengan tema Syarikat Penerbangan. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid–murid yang peka terhadap minat, bakat dan personaliti masing-masing dalam bidang kerjaya pada masa akan datang. Perasmian program ini akan diadakan pada 9 September 2024 (Isnin). Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang minggu tersebut untuk murid-murid Tahun 1 – Tahun 3. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah ceramah kerjaya, membuat penanda buku kerjaya, membuat buku skrap kerjaya, pertandingan bento dan diorama kerjaya.
AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 1
AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 2
AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 3