Berita sekolah

PERASMIAN PROGRAM MINGGU ADIWIRA KERJAYA 2024 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Program Minggu Adiwira Kerjaya telah dilancarkan pada hari ini (9 September 2024) bertemakan syarikat penerbangan. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKTPP2 yang akan dijalankan selama seminggu. Terdapat pelbagai
aktiviti berkaitan kerjaya yang bertujuan untuk membantu murid-murid menambah
pengetahuan mengenai kerjaya yang diminati serta memberi peluang untuk mereka
mengenali dan memahami tentang pelbagai kerjaya yang boleh diceburi pada masa
hadapan. Semoga program ini mampu menghasilkan suatu lonjakan motivasi diri untuk mencipta kejayaan dalam pembelajaran.