Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 42 ( SESI PAGI)

Laporan Perhimpunan Minggu 42
5 FEBRUARI 2023 (ISNIN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah . Setelah itu bacaan ikrar dan doa daripada pengawas bertugas.

Ketua Guru Bertugas Cikgu Amira menerangkan tentang Pengurusan Cuti Sekolah. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa peka dan dapat menguruskan waktu cuti dengan baik .

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas SPBT dan Pengawas Sekolah yang disempurnakan oleh pentadbir sekolah.

Setelah itu, penyampaian Sijil kepada Peserta Nilam adik Aleesya Qaireen dan adik Gautham .

Selain itu, Ucapan peringatan daripada Puan Zulastri Pk Pentadbiran dan mengingatkan supaya murid-murid sentiasa mengulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah