Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI KE 40 (SESI PETANG)

  Pada 22 Januari 2024, satu
perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum
majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada jam
5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian,
majlis diteruskan dengan bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah
yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan
diteruskan dengan ucapan guru bertugas.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan
ucapan ketua guru bertugas Pn Saerah binti Rejeli.
Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang
minggu 40 (22 Januari – 26 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti
berikut:

  1. Puan Saerah binti Rejeli
  2. Puan Norhafizah binti Che Zainal
  3. Encik Mazwan bin Muhammad
  4. Encik Mohamad Salmizi bin Salim
  5. Puan Noraziah binti Katimin

 Beliau turut memberi sedikit
penjelasan kepada murid-murid berkenaan lantikan Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber dan Pengawas SPBT untuk sesi 204/2025. Kriteria pengawas yang baik
juga turut disentuh. Murid dilihat memberikan sepenuh tumpuan sepanjang
penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid
yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.

UCAPAN GURU SPBT

Majlis seterusnya ialah sedikit
ucapan daripada guru SPBT Ustaz Yamin Aswat  berkaitan pemulangan dan pinjaman buku teks
untuk tahun 1, 2, dan 3.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan
amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara
intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan
    tentang pengagihan BAP kepada murid-murid yang belum mengambilnya.
    Seterusnya, memberi nasihat agar duit yang diperolehi dimanfaatkan
    sepenuhnya untuk kegunaan murid.
  2. Mengingatkan
    balik berkaitan tugas-tugas pengawas.
  3. Mengingatkan
    murid berkaitan baki hari persekolahan dan cuti sekolah akhir sesi yang
    akan datang.

 

 Majlis perhimpunan tamat tepat
pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SAERAH BINTI REJELI

Ketua Guru Bertugas Minggu 40