Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PETANG)

 

Pada 15 Januari 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran
Perhimpunan SKTPP2. 
Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula
murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang
dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai
sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar
Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas
sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.

 

UCAPAN KETUA GURU
BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Rina Wati binti abu Othman. Beliau
memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang
minggu  39 (15 Januari – 19 Januari
2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Rina Wati binti Abu Othman
  2. Puan Juslinda binti Bakar
  3. Puan Nor A’fifah binti Muhammada Yusof
  4. Puan Siti Suriati binti Abdullah
  5. En Muhammada Syamil bin Yahya
  6. Puan Suriayati binti Mohd Sulaikhan

 

Beliau turut memberi sedikit
penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat
Menghormati – Mengekalkan Hubungan Positif Negara. Murid dilihat memberikan
sepenuh tumpuan   sepanjang penjelasan
itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan  murid tentang kebersihan kelas dan adab serta
perkara yang perlu dilakukan pada waktu rehat. Murid-murid diingatkan supaya
membuang plastik makanan dan cawan plastik ke dalam tong sampah selepas
makan/minum.

UCAPAN WAKIL GURU

Cikgu Sharizam mengingatkan murid tentang menjaga disiplin. Murid hendaklah
menghormati guru, memberi salam ketika berselisih atau berjumpa dengan guru.
Murid juga diberi teguran ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Negeri
Selangor. Murid diingtkan supaya lebih serius dan berdiri tegak semasa menyanyi.

UCAPAN PENOLONG KANAN
PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin
Billak, PK Petang SKTPP2. 
Antara intipati ucapan ialah:

  1. Murid-murid
    diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin.

2.    Murid-murid dinasihatkan
supaya sentiasa menjaga kesihatan akibat penularan virus covid-

       19. Murid-murid yang tidak
sihat perlu berehat di rumah.

Majlis perhimpunan tamat tepat
pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

Laporan Disediakan Oleh,

RINA WATI ABU OTHMAN

Ketua Guru Bertugas Minggu 39