Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 38 (SESI PETANG)

 

Pada 8 Januari 2024, satu
perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum
majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada
5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian,
majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa
yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan
diteruskan dengan ucapan guru bertugas.

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan
ucapan ketua guru bertugas  Pn
Yuzainismar binti Yusoff. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama
guru yang bertugas sepanjang minggu  38
(8 Januari – 12 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Yuzainismar binti Yusoff
  2. Encik Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi
  3. Encik Ezol Fitri bin Ahmad Muniran
  4. Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
  5. Puan Suriani binti Ibrahim
  6. Puan Nor Iylia Irina binti Mohd Rashid 

Beliau turut memberi sedikit
penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat
Menghormati – Menghargai Alam Sekitar. Murid dilihat memberikan sepenuh
tumpuan   sepanjang penjelasan itu disampaikan.
Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan Alam Sekitar yang dikemukakan oleh
guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari
rumah tidak perlu hadir ke sekolah. Beliau juga mengingatkan kepada murid-murid
yang mempunyai ahli keluarga yang positif covid agar turut sama kuarantin
dirumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan
yang lain di sekolah.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA
KELAS

Perhimpunan diteruskan dengan
penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi
sesi 2022/2023.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi
dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara
intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan
    selamat kembali ke sekolah setelah berakhirnya cuti Penggal ke 3 .
  2. Mengingatkan
    murid-murid agar hadir ke sekolah setiap hari kerana guru-guru sedang
    melaksanakan pentaksiran akhir PBD.
  3. Mengucapkan
    tahniah kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas atas penyerahan sijil
    penghargaan yang diberikan.

Majlis perhimpunan tamat tepat
pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

YUZAINISMAR BINTI YUSOFF

Ketua Guru Bertugas Minggu 38