Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 33 (SESI PETANG)

 Pada 20
November
2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran
Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula
murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.15 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 5.30 petang dengan nyanyian lagu
Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian,
majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa
yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perasmian bermula awal kerana
perasmian minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS).

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu En.Mohd Sharizam
b.Razali.
Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang
bertugas untuk minggu ke 33
persekolahan, adalah:

  1. Encik Mohd
    Sharizam
  2. Puan
    Mariam
  3. Puan Raslinda
  4. Puan
    Rasina
  5. Puan Faziha
  6. Cik Noor Syazwani

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid
berkenaan tema untuk minggu
tersebut
iaitu Budaya
Malaysia-Kebanggaan Kita.
Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh
sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan
murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.Di samping itu, beliau menegaskan berkaitan
budaya yang perlu diteruskan di sekolah seperti memberi salam khususnya kepada
guru-guru, perlulah dititikberatkan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan
    murid supaya sentiasa menjaga kebersihan di sekolah.
  2. Beliau merasmikan minggu PSS di samping
    mengingatkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti minggu
    PSS yang akan dilaksanakan guru sesi petang.

 

UCAPAN WAKIL GURU SEMPENA MINGGU PSS.

Pengawas
yang bertugas menjemput wakil guru sempena minggu PSS. Ustazah Mariam selaku
juruacara sempena minggu PSS akan bermula pada 20 November 2023 hingga 30
November 2023.

 1.  
Beliau menghuraikan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
pada minggu  PSS.

 2. 
Beliau berharap agar dengan adanya akitiviti tersebut, murid-murid akan
lebih bersungguh-sungguh dan sedikit sebanyak ianya membantu murid dalam
meningkatkan kualiti akademik murid.


Sebelum
perhimpunan tamat, majlis diteruskan dengan beberapa persembahan murid seperti
syair, sajak dan koir daripada wakil murid sesi petang.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MOHD
SHARIZAM BIN RAZALI

Ketua Guru Bertugas Minggu 33



LAMPIRAN BERGAMBAR