Berita sekolah

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKTPP2 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekitar Sambutan Hari Sukan Negara SKTPP2

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk
menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat
yang membudayakan sukan bagi:

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif ,

Memupuk dan
menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,

Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan,

Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan

Memberi
pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan
sukan di peringkat akar umbi.