Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI KE 23 (SESI PETANG)

 

Pada 11
September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan
SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula pada 5.40 petang telah
diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi acara sukaneka sempena Kesutra
2023. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian,
majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa
yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Encik Muhammad Syamil bin Yahya.  Beliau memaklumkan kepada
murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan,
iaitu:

  1. Puan Suriayati
  2. Puan Rina
    Wati
  3. Puan Juslinda
  4. Puan Nor
    A’fifah
  5. Puan Siti Suriati

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid
berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan – Negaraku Merdeka. Murid
dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir
ke sekolah.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan
    murid supaya sentiasa menjaga disiplin Ketika berada di sekolah.
  2. Mengucapkan
    tahniah kepada murid yang terlibat dan memperoleh hadiah dalam acara
    sukaneka.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD
SYAMIL BIN YAHYA

Ketua Guru Bertugas Minggu 23

 


 LAMPIRAN BERGAMBAR