Pada 21
Ogos 2023, perhimpunan rasmi telah digantikan dengan Perasmian Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2. Majlis ini
melibatkan semua murid tahun satu hingga tiga. Majlis bermula pada jam 4.10
petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan bacaan
doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi.
UCAPAN
KETUA GURU BERTUGAS
Ketua
guru bertugas, Puan Nor Affizah binti Adam Lee dalam ucapannya telah
memaklumkan senarai nama guru bertugas pada minggu berkenaan seperti
berikut:
- Encik Ahmad
Ridzuan bin Ismail - Encik Wan Adli bin
Wan Deraman - Puan Nurul Aisah
binti Suriyamurni - Puan Hamizah binti
Hamid - Puan Nur Jamiliati
Wahida binti Mohd Sanny
Puan
Nor Affizah turut memaklumkan berhubung tema mingguan yang dipilih ialah
Hormat-Menghormati: Amalkan Prinsip Rukun Negara.
UCAPAN
PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2023
Majlis
diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Petang, Encik Md Noor bin Billak yang
seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sesi 2023. Majlis
ini telah diacarakan oleh Puan Nor Iylia Irina binti Mohd Rashid dan Encik Mohd
Yamin Aswat bin Jaafar. Pengacara majlis telah memaklumkan berhubung semua
aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan ini.
Setelah
itu, berlangsung acara perletakan simbol Malaysia Madani oleh Penolong Kanan
Petang sebagai simbolik perasmian. Semua guru dan murid kemudiannya menyanyikan
lagu tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’
sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Majlis
diakhiri dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Penolong Kanan
Petang dan setelah itu telah dilaksanakan sesi bergambar.
Majlis
perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.
Laporan disediakan oleh,
NOR AFFIZAH BINTI ADAM LEE,
Ketua Guru Bertugas Minggu 21.
LAMPIRAN BERGAMBAR


