Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 18 (SESI PETANG)

 

Pada 31
Julai
2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran
Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 5.55  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu
Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan
dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin
oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Cikgu Normah
Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ini, iaitu:

  1. Cikgu Normah
  2. Cikgu Khairul
    Anuar
  3. Cikgu Rena
  4. Cikgu
    Salmi
  5. Cikgu Sarah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada
murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Rajin. Murid dilihat
memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Memberikan
    nasihat berkaitan disiplin
  2. Mengucapkan tahniah kepada peserta
    yang mewakili sekolah dalam pertandingan Tennis

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NORMAH
BINTI SHAFIEI

Ketua Guru Bertugas Minggu 18



LAMPIRAN BERGAMBAR