Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 16 (SESI PETANG)

 

Pada 17
Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan
SKTPP2.  Majlis bermula pada jam 6.00  petang dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja
nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan
bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Cikgu Mazwan bin Muhammad.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid
senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Mazwan
  2. Cikgu
    Salmizi
  3. Ustazah Saerah
  4. Ustazah
    Aziah
  5. Cikgu Merawati
  6. Cikgu Hafizah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada
murid-murid berkenaan tema untuk minggu ini, iaitu Kegembiraan-kemesraan. 
Selain itu, beliau juga menasihatkan kepada murid supaya sentiasa berdisiplin
dan menjaga tingkah laku ketika berada di sekolah supaya tidak berlaku perkara
yang tidak diingini. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang
penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Meminta
    murid sentiasa menjaga kesihatan dan jika tidak sihat tidak perlu hadir ke
    sekolah.
  2. Mengingatkan
    semua murid agar sentiasa menjaga tingkah laku yang baik ketika berada di
    sekolah.
  3. Memaklumkan
    kepada semua murid tentang perkara-perkara yang dianjurkan dalam agama
    Islam pada hari akhir dan awal tahun hijrah.
  4. Memaklumkan
    Cuti Awal Muharram (rabu – 19 Julai 2023 bersamaan 1 Muharram 1445h).

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MAZWAN
BIN MUHAMMAD

Ketua Guru Bertugas Minggu 16.



LAMPIRAN BERGAMBAR