Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-15 DAN PELANCARAN MINGGU PANITIA SAINS, MATEMATIK DAN REKA BENTUK TEKNOLOGI (SESI PAGI)

 Tarikh: 10 – 14 Julai

Tema: Kegembiraan: Kebersamaan

Guru Bertugas

1. Noraini binti Yusoff (K)

2. Farah Hanis binti Ramli

3. Kavitha a/p Kandiah

4. Zuraini binti Ismail

5. Md Suhaidi bin Md Sabar

6. Mohd Razis bin Md Shainisi

Laporan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

2. Murid membaca doa dan ikrar.

3. Taklimat tentang tema pada minggu ini dan aktiviti minggu panitia Sains, Matematik dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) oleh Cikgu Noraini binti Yusoff.

4. Persembahan nyanyian Jom Bijak Sifir 3 oleh murid-murid PPKI.

5.Taklimat daripada Ketua Panitia BM berkaitan Program keSEba oleh Cikgu Norazmah binti Che Omar.

6. Penyampaian hadiah Bicara Buku peringkat PPD Sepang. Seorang murid mendapat Johan Bicara Buku Daerah Sepang.

7. Penyampaian hadiah Kejohanan Bola Baling MSSD Sepang. Pasukan lelaki mendapat Johan manakala pasukan perempuan mendapat tempat ketiga.

8. Ucapan oleh Puan Norhamizah binti Hamzah, Penolong Kanan PPKI.

9. Ucapan perasmian oleh Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2 serta gimik perasmian.