Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 15 (SESI PETANG)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 10
Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan
SKTPP2.  Majlis bermula pada jam 5.40  petang dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja
nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan
bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Ustazah Siti Suriati
Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk
minggu ke 15 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Suriayati
  2. Cikgu
    Syamil
  3. Cikgu Rinawati
  4. Ustazah
    Juslinda
  5. Cikgu Afifah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada
murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan-kebersamaan.  Selain
itu, beliau juga memaklumkan kepada murid tentang program KeseBa (bantu baca)
yang akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula minggu ini.Murid dilihat
memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PERASMIAN MINGGU PANITIA SAINS DAN
MATEMATIK

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan Minggu Panitia
Sains dan Matematik.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Faziha.  Beliau
memberikan penjelasan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini
oleh
panitia Sains dan panitia Matematik.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan
    murid supaya berjaga-jaga dengan wabak yang sedang tular iaitu penyakit
    kaki, tangan dan mulut (HFMD).
  2. Meminta
    murid menjaga kesihatan dan jika tidak sihat tidak perlu ke sekolah.
  3. Menerangkan
    tentang minggu pantia sains dan matematik yang akan dijalankan pada minggu
    ini serta mengaitkan matematik dan sains dalam kehidupan seharian murid.
  4. Merasmikan majlis pelancaran
    Minggu Panitia Sains dan Panitia Matematik dan melaksanakan gimik
    pelancaran.
     

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI
SURIATI BINTI ABDULLAH

Ketua Guru Bertugas Minggu 15



LAMPIRAN BERGAMBAR