Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 13 (SESI PETANG)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 26
Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan
SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 5.50  petang dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja
nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan
bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Cikgu Nurul Aisah
Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk
minggu ke 13 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Ridzuan
  2. Ustaz
    Wan Adli
  3. Cikgu Affizah
  4. Ustazah
    Hamizah
  5. Cikgu Wahida 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada
murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Rajin.  Murid dilihat
memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan program
bahasa.  Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Anis.  Beliau memberikan penjelasan
kepada murid-murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu bahasa oleh panitia Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan
    tahniah atas kehadiran ibu
    bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
    .
  2. Mengucapkan tahniah kepada peserta
    yang mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna sempena Hari Pelaut
    Sedunia.
  3. Merasmikan majlis penutup bulan
    bahasa dan melaksanakan gimik pelancaran.

PERSEMBAHAN
MURID

 Majlis
diteruskan dengan persembahan action song dan persembahan magis daripada
pemenang pertandingan bulan bahasa panitia bahasa Inggeris.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NURUL
AISAH BINTI SURIYAMURNI

Ketua Guru Bertugas Minggu 13


LAMPIRAN BERGAMBAR