Berita sekolah

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 11 (SESI PETANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 12 Jun 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di
Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 6.10 petang
dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai
sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar
Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Cikgu Mawadah.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama
guru yang bertugas untuk minggu ke 11 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Nurlina
  2. Cikgu Norhayati
  3. Cikgu Amirul
  4. Ustazah Fasihah
  5. Cikgu Wan Syafifah Khalilah 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada
murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Berdisiplin. 
Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu
disampaikan.

 UCAPAN PELANCARAN MINGGU BAHASA

 Majlis diteruskan dengan pelaksanaan program bahasa. 
Majlis tersebut telah dikemudi oleh cikgu Iylia.  Beliau memberikan
penjelasan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada
murid tahap 1 bagi panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan
    tahniah atas kehadiran murid-murid ke sekolah.
  2. Menjelaskan
    kepada kepentingan menjaga tingkah laku

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang
dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN,

Ketua Guru Bertugas Minggu 11.

LAMPIRAN BERGAMBAR