Berita sekolah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADAN 2023/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada
18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H yang lalu, satu program yang dirancang
oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan
Ramadan telah dijalankan. 

 Program
ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin
Abdullah Zawawi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada
Penyelaras Program iaitu Ustazah Juslinda binti Bakar. Selesai ucapan daripada
Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan
Petang, Ustaz Md Noor bin Billak.

 Majlis
beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Ramadan kepada murid-murid kurang
berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga
sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit
keceriaan kepada murid-murid berkenaan.

 Atur
cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al
Fadhil Ustaz Hafidzuddin bin Yahya bersama dengan 20 orang murid. Khalifah
khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan Selepas itu, penyampaian cenderahati
telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak kepada
khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.

 Majlis
bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian
berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3 dengan lagu yang bertajuk
Rahmatun Lil’Alameen. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.20 petang.

 Sekian, terima kasih.


 LAMPIRAN BERGAMBAR