Berita sekolah

MAKLUMAT PINTU MASUK SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 MAKLUMAN PINTU MASUK PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SKTPP2

1. Murid-murid tidak lagi menggunakan pintu pagar besar untuk masuk dalam kawasan sekolah ( kecuali murid berbasikal)

2. Murid -murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil yang terletak di pondok menunggu bas. Sila rujuk gambar.

3. Bacaan suhu murid akan diambil di pintu pagar kecil tersebut oleh guru bertugas. ( Di catat dalam kertas kecil)

5. Murid seterusnya bergerak ke lobi mengikut arah laluan pergerakan yang ditetapkan bagi tujuan merekod suhu.

4. Murid berbasikal juga dikehendaki masuk menggunakan pintu utama ( besar) dan terus menuntun basikal ke tempat letak basikal. Seterusnya ,masuk ke dalam kawasan sekolah dan seterusnya bergerak ke lobi untuk merekod suhu 

4. Murid-murid dikehendaki menjaga jarak sosial semasa beratur masuk ke sekolah

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih