Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
1. PN SURIAYATI BT MOHD SULAIKHAN
2. PN JUSLINDA BT BAKAR
3. PN SURIANI BT IBRAHIM
4. PN SITI SARAH BT SAARANI
5. EN SHARIZAM B MOHD RAZALI
6. EN EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN
Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.
Murid – murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid – murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.
c) Murid – murid tidak dibenarkan mengaji atau membaca iqra selepas solat kerana murid-murid mesti berada di dalam kelas sewaktu PdPc.
d) Murid-murid diingatkan supaya tidak terlibat dengan amalan buli seperti meminta duit murid lain, mengugut kawan-kawan lain supaya melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan sekolah. Tindakan tegas akan diambil oleh pihak sekolah. Murid-murid yang menjadi mangsa buli hendaklah segera melaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.



