Berita sekolah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 6

Pada 17 November 2017 (Jumaat) bersamaan 28 Safar 1439H, Sekolah
Kebangsaan Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana
Tahun 6 anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Majlis ini diketuai
oleh Ustaz Mohd Razis bin Md
Shainisi melibatkan 75 murid yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran
serta semua murid tahun 6. Alhamdulillah pertama kali Majlis Khatam Al-Quran
ini diadakan bersempena murid generasi pertama dalam program j-QAF 2017. Ia diadakan
bertujuan untuk memupuk budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda
serta melahirkan murid-muird yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aturcara Majlis
tersebut adalah :

MASA

PERKARA

10.30
pagi

  Murid berkumpul di Dewan Terbuka

  Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran

10.45
pagi

  Bacaan Doa

  Ucapan Guru Besar

10.55
pagi

  Bacaan Khatam Al-Quran

  (Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi)

11.30
pagi

  Penyampaian Sijil Peserta dan Cenderamata

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zulastri binti
Mohamad Zahidi
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Fikri bin Mat Arit

Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi
Penyampaian Cenderamata kepada Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi

Penyampaian sijil kepada semua peserta Khatam Al-Quran
Semoga program ini dapat menanam sikap cinta terhadap
Al-Quran sekaligus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar dan guru.