MINGGU 35
25.9.2017 HINGGA 29.9.2017
Perhimpunan rasmi Isnin, 25 September 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Wakil guru bertugas, Cikgu Mazliyana Amalina Binti Mazlin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari . Guru bertugas menyampaikan ucapan berkaitan tajuk Perhimpunan Minggu ke 35 ” Adab dan Budaya -Pakaian”. Guru bertugas turut membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:
1. Cik Mazliyana Amalina Binti Mazlin (Ketua)
2. Puan Mawaddah Binti Shamsudin
3. Puan Suriayati Binti Sulaikhan
4. Puan Raslinda Binti Hassan
5. Puan Juslinda Binti Bakar
6. En. Ezol Fitri Bin Ahmad Muniran
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MINGGU BAHASA INGGERIS
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Pn Nor Atiqah Binti Nasaruddin kepada para pemenang sempena minggu Bahasa Inggeris 2017.
UCAPAN PK PETANG (PN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN)




