Berita sekolah

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN UNTUK PEMBERIAN GERAN SEPADAN RM50 SKIM SIMPANAN NASIONAL (SSPN) TAHUN 1 2017

PENGENALAN
Berdasarkan
perenggan 225, perkara kelima pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh
Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak “geran sepadan
disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi
simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .
Ini bermakna bermula 1 Januari 2017 mana-mana
ibu bapa atau penjaga yang 
membuat simpanan untuk anak-anak mereka yang merupakan pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan
akan menerima tambahan keistimewaan 
Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50. Program ini bertepatan dengan hasrat PTPTN untuk
mengarusperdanakan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

OBJEKTIF
Untuk menyampaikan
maklumat berkenaan, pemberian geran sepadan RM50 dalam bentuk Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN) kepada murid Tahun 1 2017. Pemberian geran sepadan
ini diadakan susulan daripada Pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 oleh
Perdana Menteri, “geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah
bantuan penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun
SSPN-i.

TEMPAT
DAN TARIKH
Tempat
           :  Dewan Terbuka SKTPP2
Masa
               :  8.30 Pagi – 10.30 Pagi
Tarikh              : 
19 Ogos 2017 (Sabtu)

PENGLIBATAN
·        
Semua guru kelas dan guru mata pelajaran
Tahun 1.

·        
Ibu bapa atau penjaga murid Tahun 1.
     

       SEKITAR PROGRAM BERLANGSUNG



Gambar 1 : Pendaftaran Ibu Bapa

                                                               Gambar 2 : Pengerusi Majlis          

     

Gambar 3 : Bacaan Doa

Gambar 4 : Ucapan  Tuan Guru Besar
Gambar 5 : Taklimat dari wakil PTPTN

 
Gambar 6 : Antara ibu bapa yang hadir

 Gambar 7: Pendaftaran Pemberian Geran Sepadan Rm50