Assalamualaikum.
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa
kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah
Ucapan guru bertugas
Ketua guru bertugas Cikgu Mawadah binti Shamsuddin mengalu-alukan kedatangan
murid ke sekolah setiap hari serta menyenaraikan
senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Mazliyana
2. Suriayati
3. Raslinda
4. Ezol Fitri
5. Juslinda (CUTI BERSALIN)
bertugas menyampaikan ucapan berdasarkan tema minggu ini iaitu “Kenali Budaya Malaysia- Bahasa dan Dialek”.
bahasa di negara kita seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa
Tamil.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup
dalam keaadaan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada negara lain
yang mempunyai masyarakat majmuk.
Penyampaian hadiah bagi pemenang yang menyertai English Week
Ucapan PK Petang (Puan Fauziah binti Salehoddin)
Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kedatangan murid pada
hari ini. Puan fauziah juga memberi peringatan kepada murid supaya
menjaga kelakuan dan mengamalkan nilai-nilai seperti jangan mencuri,
mendengar arahan guru, mengutip sampah dan mematuhi
peraturan sekolah.
Penutup
Dengan ucapan dari Pk Petang itu maka berakhirlah perhimpunan pada
petang ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk pulang ke rumah





