Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu ‘Lagu Negaraku’, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Noraziah binti Ali. Beliau memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Adab makan”.
Ucapan Guru Bertugas
Guru bertugas mengulas tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum kepada murid-murid.
Adab sebelum makan dan minum
1. Cuci tangan
2. Makan makanan yang berkhasiat dan baik
Adab semasa makan dan minum
Keputusan kelas terbersih:
Tahun 4 : 4 UPM
Tahun 5 : 5 UUM
Tahun 6 : 6 UUM
Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Sempena Minggu PPDa
Penyampaian Hadiah bagi Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2017
SK Taman Putra Perdana 2 telah mengambil bahagian dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2017. Para peserta telah memenangi tempat ke-3 bagi kategori Tilawah Lelaki dan tempat ke-3 bagi kategori Hafazan Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring.
Ucapan Guru Pengawas
Wakil guru Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan tentang adab semasa menyanyikan lagu-lagu rasmi semasa perhimpunan. Selain itu, murid-murid diingatkan tentang pemakaian uniform sekolah yang lengkap. Seterusnya, murid-murid dilarang untuk berjual beli di sekolah.
Persembahan Choral Speaking dan Bercerita Bahasa Melayu
Penyampaian Hadiah Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang
SK Taman Putra Perdana 2 telah menjadi johan bagi Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang 2017. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring.
Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Kejohana Balapan dan Padang MSSD Sepang
SK Taman Putra Perdana 2 telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang telah diadakan pada 7-10 Mac 2017 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Para atlet SK Taman Putra Perdana 2 telah memenangi pingat bagi beberapa acara seperti berikut:
Emas :
1. Lompat jauh P5
2. 4X200m P5
Gangsa :
1. Lontar peluru L5
2. Lontar peluru P5
Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
Pk Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi semua acara yang telah dijalankan di peringkat sekolah dan daerah. Selain itu, murid-murid diingatkansupaya sentiasa menghormati guru-guru, warga sekolah serta rakan-rakan. Mereka juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan semasa di sekolah.
Disediakan oleh;
Noraziah binti Ali














