Pada 6 Mac 2017, telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan ahli Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) bagi sesi 2017. Seramai 48 orang murid telah dipilih untuk menjadi ahli kelab ini yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.
Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk :
Normal
0
false
false
false
EN-US
X-NONE
AR-SA
1.
Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan
aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah
demi agama, bangsa dan negara.
Majlis dimulai dengan ucapan Pengacara Majlis. Pn. Norshahiza memberi penerangan ringkas tentang Kelab Pencegahan Jenayah. Seterusnya ahli-ahli KPJ menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar. Semua ahli KPJ membaca ikrar seterusnya menyanyikan lagu “Mari Cegah Jenayah”. Akhir sekali, ucapan daripada Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli KPJ yang dilantik dan diharap semua ahli KPJ dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
![]() |
| Pn. Norshahiza binti Razali selaku Pengacara Majlis |
![]() |
| Murid menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar |
![]() |
| Murid menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar |
![]() |
| Bacaan ikrar KPJ diketuai oleh adik Danish Hafizi |
![]() |
| Nyanyian lagu “Mari Cegah Jenayah” oleh ahli KPJ |
![]() |
| Guru Besar sedang menyampaikan ucapan |
![]() |
| Ahli KPJ bergambar kenangan bersama barisan pentadbir |






