LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN ( MINGGU KE 4 SESI PAGI -23.1.2017 – 25.1.2017)
Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku’. Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya , bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Seterusnya ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Rahayu binti Ghani. Guru bertugas memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggi ini. Tema pada minggu ini adalah pengurusan diri – disiplin diri. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa patuh, taat pada waktu persekolahan serta peraturan sekolah kerana ianya mencerminkan seorang murid yang cemerlang dalam pelajaran. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada guru disiplin Ust. Mohd Razis bin Shainisi. Beliau mengingatkan semua murid mesti menjaga keselamatan basikal masing-masing dengan memastikan basikal sentiasa dikunci serta
mempunyai brek yang baik.
Acara kemuncak diumumkan ketua dan penolong pengawas sesi 2017. Tahniah kepada semua yang dilantik dan dapat menjalankan tugas dengan amanah.
Akhir sekali ucapan daripada guru besar Encik Zanuddin bin Sanuan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang dilantik dan dapat jalankan tugas dengan penuh dedikasi. Sijil Watikah dapat disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa hadapan.
Perhimpanan pagi ditamatkan pada pukul 8.30 pagi.




