Berita sekolah

MAJLIS APRSIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN ANUGERAH KOKURIKULUM PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG 2016

Pada  4.11.2016  yang lalu bertempat di dewan SJKC  SIN MING, Puchong telah berlansung satu Majlis Aspresiasi @ anugerah  untuk bidang Pendidikan dan Kokurikulum Peringkat  Pejabat  Pendidikan Daerah  Sepang.  
Majlis ini dirasmikan oleh 
Dato Hj  Marsom Bin Paing. 
Dalam Majlis tersebut yang bermula pukul  3.00  petang dan berakhir jam 5.15  petang beberapa pesanan  , ingatan dan harapan pemimpin ini kepada kehendak matlamat pendidikan masa kini. Beliau turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid-murid, yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum, guru-guru yang cemerlang dalam mencemerlangkan bidang kokurikulum dan sekolah-sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
SKTPP2  juga tidak ketinggalan kerana dihadiahkan 3 piala kecemerlangan dalam majlis tersebut
Sijil Pasukan Sepaktakraw terbaik PPD SEPANG
Sijil Anugerah Kantin bersih , sihat  dan selamat
Sijil Anugerah Pasukan Denggi terbaik PPD SEPANG
Kami warga kerja SKTPP2  mengucapkan jutaan terima kasih di atas penghargaan itu yang telah diberikan kepada kami oleh PPD Sepang.
 Ini akan mendorong kami untuk mencapai  kejayaan yang  lebih cemerlang lagi di masa-masa akan datang.
Terima kasih PPD Sepang.