Berita sekolah

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 16 (SESI PAGI)

TARIKH : 25 APRIL 2016
(ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI – 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
1.        
PN.
NORAINI BINTI YUSOFF
2.        
CIK FELICIA
GATUN
3.        
CIK NOR SA’ADAH
BINTI SABIDIN
4.        
PN. MAZILAH
BINTI JAMALUDIN
5.        
PN. SITI NORA
BINTI MOHAMED AHYAR
6.        
EN. MOHD NORIZI
BIN MOHAMED


TEMA : TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA BENDA SEKOLAH

Ucapan ketua guru bertugas


Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, Pn. Noraini binti Yusoff 
menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Tema
Tanggungjawab Terhadap Harta Benda Sekolah. Antara kandungan yang disampaikan
ialah :-

    1. Cara menjaga harta benda sekolah :

a)   
Menggunakan
peralatan yang disediakan dengan cermat dan teratur.
b)   
Setelah
menggunakan suatu peralatan, letakkan ke tempat asal dengan baik.
c)   
Menjaga harta
benda sekolah seperti menjaga harta benda sendiri.
d)   
Bergotong –
royong membaik pulih peralatan yang rosak.
e) Jika berlaku kerosakan, laporkan kepada guru berkenaan supaya usaha
pembaikan dapat diadakan.
  1. Kebaikan daripada menjaga harta benda sekolah
    ialah :
a)   
Murid akan sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
b)   
Dapat menggunakan peralatan sekolah setiap kali diperlukan.
c)   
Dapat belajar dalam keadaan bersih dan selesa.
d)   
Keindahan sekolah terpelihara.
Slot 5 Minit Sekolah Bebas Dadah
Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat –
Ubatan:
  1. Setiap minuman arak
    mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu adalah arak.
  2. Alkohol yang
    diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi
    haram diminum.
  3. Minuman ringan yang
    diproses atau dibuat bukan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai
    alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum.
  4. Ubat – ubatan dan
    pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan melarut adalah tidak najis
    dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses
    pembuatan arak.

Token kebersihan disampaikan
oleh Pn. Azlimariah binti Arifin,
Penolong Kanan HEM.
Keputusan Pertandingan Kelas Terbersih Mengikut
Aliran:
·                    
4 UTM
·                    
5 USM
·                    
6 UUM

Penyampaian pingat dan
sijil oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar kepada murid – murid yang berjaya
dalam kejohanan olahraga dan sepak takraw MSSD Sepang.
 Sumbangan kek hari lahir untuk murid – murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari

 Murid – murid diraikan

Majlis Sambutan Hari Lahir:
  • Murid – murid yang
    lahir pada bulan Januari dan Februari diraikan bersama – sama bersempena
    Program Guru Penyayang.
PELANCARAN
MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
 Pn. Nurhidayahni binti Jasni selaku pengacara majlis
 Pn. Norshahiza binti Razali selaku Penyelaras Minggu Pusat
Sumber.

Persembahan ‘story telling’ oleh Adik Haziq Aiman,
5 UM

Gimik perasmian disempurnakan oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru
Besar SKTPP2

 Program 10 minit membaca


Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan
Antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga
    kebersihan sekolah.
  • Murid juga perlu selalu mengamalkan budaya
    membaca buku.
  • Murid juga diharapkan dapat memanfaatkan pusat
    sumber sekolah dengan sebaiknya.
Disediakan oleh,

Pn. Noraini binti Yusoff