Berita sekolah

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 (SESI PAGI)

TARIKH        :  8 JANUARI 2016
HARI              : JUMAAT
MASA             : 7.30 – 9.00 PAGI
TEMPAT        : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2

OBJEKTIF

  1. Menilai dan menghargai
    pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
  2. Murid dapat menghayati  dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad
    SAW.
  3. Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah
    SAW.
  4. Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang
    ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.


SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari jumaat yang lepas. Sambutan ini merupakan natijah daripada
perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, 
 perasaan taat, ingat, ingin mencontohi
baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda
dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak
yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).
Pelaksanaan
ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping
itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang
kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh
Rasulullah.
           Majlis ini telah diadakan bermula pada jam 7.30 pagi dan  berakhir pada jam 9.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Bacaan Yasin, Selawat ke atas Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
SUASANA SEKITAR MAJLIS