Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah bagi Tahun 2015 telah dijalankan dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Semua aktiviti yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dengan lancar. Murid-murid yang hadir memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Berikut merupakan perkara berkaitan Sambutan Hari Kanak-kanak yang telah dijalankan bagi sesi pagi :-
TARIKH : 16 OKTOBER 2015
HARI : JUMAAT
MASA : 7.30 PAGI – 12.20 TENGAH HARI
TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi – Murid dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.45 pagi – Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah sesi pagi
oleh Tuan Guru Besar.
– Penyampaian Hadiah Tokoh Kanak-kanak
– Penyampaian pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
8.30 pagi – Rehat 1
9.00 pagi – Program Jelajah Majalah ASUH
11.00 pagi – Rehat 2 (Penyampaian sumbangan makanan MC Donald’s)
12.20 tgh hari – bersurai
SUASANA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKTPP2 SESI PAGI