Berita sekolah

MAKLUMAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015

Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015

Dengan hormatnya
perkara di atas dirujuk.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung selama 3 hari mulai 8 September 2015 (Selasa)
sehingga 10 September 2015 (Khamis).
Oleh yang demikian, terdapat murid yang
akan direhatkan sebelum (persediaan tempat peperiksaan) dan sepanjang peperiksaan dijalankan
seperti berikut:
SESI
   TARIKH-TARIKH
    DIREHATKAN
           KELAS
      DIREHATKAN
  PERSEKOLAHAN
SEPERTI BIASA
Pagi
4/9/2015 (Jumaat)
Tahun 4
Tahun 5 dan 6
7/9/2015 (Isnin)
Tahun 5
Tahun 4 dan 6
Petang
4/9/2015 (Jumaat)
Tahun 1 sahaja
Tahun 2 dan 3
7/9/2015 (Isnin)
Tahun 1 sahaja
Tahun 2 dan 3
Pagi dan Petang
8/9/2015   (Selasa)
9/9/2015   (Rabu)
10/9/2015 (Khamis)
Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5
Tahun 6
(UPSR)
Catatan: Semua murid Prasekolah bersekolah seperti biasa.
3.         Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 akan bersekolah seperti biasa pada 11 September 2015 (Jumaat). Murid-murid
Tahun 6 diwajibkan hadir ke sekolah selepas UPSR seperti biasa
kerana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan informasi yang
berkaitan dengan murid seperti kemasukan ke sekolah menengah, permohonan ke
asrama penuh dan lain-lain.
4.         Ujian Pemilihan Kemasukan ke SMKA
Negeri Selangor bagi tahun 2016 akan dijalankan pada 11 September 2015 (Jumaat) yang wajib diambil oleh murid-murid
Tahun 6.
5.         Makluman di atas diharapkan
dapat melancarkan lagi pengurusan sekolah anak-anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan
Selamat Berjaya” kepada
semua murid tahun 6.

Sekian untuk
makluman
dan terima kasih.