SK Taman Putra Perdana (2), 24 Ogos (Isnin): Pada minggu ke 31, murid SKTPP2 ditekankan tentang amalan nilai murni, terutamanya nilai patriotisme. Nilai ini amat bersesuaian bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Nilai Patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Murid yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri samada dalam akademik mahupun ko-akademik. Justeru itu, Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan yang bertempat di PSS sekolah. Kuiz ini diadakan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan murid tentang Kemerdekaan Negara.
Selain itu, murid dimaklumkan tentang pembukaan rasmi Bilik VLE Frog. Semua murid dijemput untuk menggunakan aplikasi tersebut. Murid juga diingatkan tentang semakan kata laluan mengikut senarai nama kelas tahun lepas. Terdapat tawaran hadiah yang lumayan bagi murid yang banyak melayari aplikasi tersebut. Pengumuman ini telah dibuat oleh En. Rosmadi b. Abd Manaf


