Berita sekolah

CUTI PERISTIWA SEMPENA AWAL RAMADHAN 2015

Kepada,
IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,
 CUTI PERISTIWA
SEMPENA AWAL RAMADHAN 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk,
2.         Adalah dimaklumkan bahawa sekolah
akan bercuti pada 18 Jun 2015
( Khamis ) sempena Awal Ramadhan.  Semua murid Prasekolah dan Murid Tahun 1
hingga Tahun 6 akan bercuti sehari pada tarikh tersebut.  Sekolah berjalan seperti biasa pada 19 Jun
2015 ( Jumaat ).
           
3.         Waktu
persekolahan sepanjang bulan Ramadhan boleh dirujuk pada surat edaran yang
bertarikh 27 Mei 2015 dan blog sekolah.
           
4.         Pihak
sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat
Menyambut Bulan Ramadhan
kepada semua Ibu bapa/ penjaga dan murid yang
beragama Islam.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.