Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Majlis perhimpunan pada kali ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.
Ucapan Ketua Guru Bertugas- Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim
- Guru Bertugas
Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan mengingatkan murid supaya berjumpa guru bertugas jika ada sebarang masalah. Guru-guru yang bertugas ialah:
- Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim- Ketua Guru Bertugas
- Pn. Siti Raudah binti Hamid
- Pn. Nor Aisyah binti Zulkifli
- Pn. Rahayu binti Ghani
- Cik Margaret Ann a/p Arputham
- Cik Farah Hanis binti Ramli
- En. Md Suhaidi bin Md Sabar
- Tema : Sedia Hadapi Cabaran-Gaya Hidup Sihat
Beliau menjelaskan maksud cabaran dan juga maksud gaya hidup sihat.Murid turut diberikan cara persediaan menghadapi cabaran dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat tiga cara persediaan yang telah beliau kongsikan.
- Pengetahuan – Murid mendapatkan maklumat mengenai gaya hidup sihat daripada buku, internet, guru dan lain-lain sumber. Oleh itu, murid akan bersedia dan tahu mengenai amalan gaya hidup yang sihat.
- Amalan – Murid mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan makanan berkhasiat, beriadah dan sebagainya.
- Teguh pendirian – Murid hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan amalan yang tidak sihat seperti merokok, dadah, dan lain-lain
- Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan ini telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Norlela binti Hashim.
- Perutusan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Perutusan ini pula telah dibacakan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, Encik Kamsani bin Sahlan.