Berita sekolah

NOTIS PEMBERITAHUAN

Kepada,
IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS PEMBERITAHUAN
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. Surat SKTPP2
07/04/002 (  ) bertarikh 13 November 2014
adalah berkenaan.
2.             Pindaan waktu kokurikulum untuk semua
murid tahun 3 2015. Oleh itu,
makluman waktu kokurikulum untuk murid tahun
3 2015
berdasarkan SKTPP2 07/04/002 (  ) bertarikh 13 November 2014 adalah terbatal.
      2.1    Makluman
waktu kokurikulum yang baharu untuk tahun 3 2015
TAHUN
HARI
WAKTU HADIR
WAKTU BALIK
Perjumpaan Kokurikulum Tahun 3
Setiap hari Rabu
(Bermula 21/01/2015)
9.30 pagi
11.45 pagi
Catatan: Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk
menguruskan pengangkutan anak
                     masing-masing untuk hadir dan balik
mengikut waktu yang telah ditetapkan                          supaya tidak hadir ke sekolah terlalu
awal kerana boleh mengganggu
              pembelajaran dan pengajaran murid sesi
pagi.
3.             Perkara-perkara
penting yang perlu diambil tindakan oleh ibu bapa/ penjaga pada minggu pertama
persekolahan.
      3.1 Buku
Instrumen Pentaksiran KSSR
            –  Kerjasama ibu bapa adalah dipohon
untuk mendapatkan/membeli Buku
Instrumen Pentaksiran                 KSSR 
mengikut senarai semak yang telah disediakan
oleh pembekal kedai buku sekolah.
             – Buku Instrumen Pentaksiran KSSR untuk
tahun 5 (semua subjek berkaitan) dan bagi tahun 4                              hanya
subjek Bahasa Arab masih belum ada stok/ tiba lewat daripada pihak pembekal. Maaf                   atas kesulitan.
              – Buku
Instrumen Pentaksiran KSSR
perlu dibawa dan diserahkan kepada guru mata                                          pelajaran masing-masing pada minggu pertama
persekolahan untuk disimpan oleh guru                             mata pelajaran bagi tujuan pentaksiran
formatif dalam kelas serta latihan tambahan dan                            pengukuhan.
               
      3.2    Fail
Peribadi Murid (Tahun 1)
                v     Fail tersebut telah diserahkan kepada ibu
bapa semasa Hari Orientasi Tahun 1 yang lepas.                 Jika
masih tiada sila rujuk di pejabat.
v  Mohon
kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk melengkapkan dan                                  menyerahkan fail peribadi murid berserta
dokumen-dokumen seperti                                      berikut:
–         
Borang rekod peribadi murid (dalam fail peribadi)
–         
Kad gigi (Sila ikut arahan yang disertakan dalam
kad gigi)
–         
Salinan surat beranak
–         
Borang maklumat prasekolah (dalam fail peribadi)
–         
Salinan slip gaji terkini bapa/ penjaga yang
disahkan
–         
Salinan slip gaji terkini ibu yang disahkan (jika
bekerja)
               
                v    Fail peribadi murid dan dokumen seperti di
atas sepatutnya diserahkan pada hari pertama                persekolahan. Bagi ibu bapa/ penjaga yang
tidak dapat menyerahkannya pada hari                               pertama diminta berbuat demikian pada
atau sebelum 14 Januari 2015 (Rabu) untuk                                   diserahkan kepada guru kelas
masing-masing.
               

Sekian untuk makluman dan terima kasih.