Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah telah diadakan pada 20 November 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Majlis ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Kali ke-5 telah dirasmikan oleh En. Mohd Alias bin Awang (PPPD Sains dan Matematik).
Majlis ini telah diadakan setiap tahun untuk menghargai kecemerlangan murid – murid dan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid untuk lebih cemerlang di masa hadapan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir untuk memeriahkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah Kali ke – 5 2014.
Anugerah yang disampaikan adalah:
1) Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah (Graduasi)
Prasekolah Kasihku
Prasekolah Sayangku
2) Anugerah Khas Prasekolah
3)Tokoh Murid Prasekolah
4) Pengawas Sekolah Tahun 6
5) Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 6
6) Pengawas SPBT Sekolah Tahun 6
7) Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 1 – 6
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
8) Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 – 6
9) Anugerah Intan (Pemulihan)
10) Anugerah NILAM
11) Anugerah Tokoh Bestari
12) Anugerah Tokoh Nurani
13) Anugerah Tokoh Kesatria