Berita sekolah

KEMERIAHAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 2014

Pada 8 November 2014 (Sabtu) yang lalu, telah
berlangsungnya Karnival Keusahawanan SKTPP2 buat kali kedua dalam sejarah
penubuhan sekolah. Ia merupakan anjuran PIBG SKTPP2.  Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya jualan
makanan dan minuman, permainan dan pameran. Pada hari tersebut, ramai
pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Dikesempatan ini, pihak sekolah ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru, staf sokongan,
AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Tanpa sokongan padu daripada anda
semua, sudah pasti sukar untuk pihak sekolah menjayakan karnival ini.

Mudah – mudahan aktiviti seperti ini dapat
dilaksanakan lagi kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid serta komuniti.

  

Antara gambar – gambar sekitar Karnival Keusahawanan
berlangsung: