Berita sekolah

MAKLUMAN TARIKH MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
 Y. Bhg
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN
Dengan
segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Dimaklumkan bahawa  pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Khatam
Al-Quran dan Sumbangan Ramadhan peringkat sekolah pada ketetapan berikut:
                                   
Tarikh             :  
21 Julai 2014
                                    Hari                 :   Isnin
                                    Masa              :  
7.20 pagi  hingga 12.50 tengah
hari
                                    Tempat          :  
Dataran  Perhimpunan
3.         Sehubungan dengan itu, persekolahan
pada  hari tersebut hanya satu sesi sahaja. Semua murid sesi petang
perlu  hadir mengikut waktu persekolahan
sesi pagi ( 7.20 pagi hingga 12.50
tengah hari).
4.         Segala kerjasama dan keperihatinan
tuan/puan kami hargai dan jutaan terima kasih diucapkan.

Sekian, harap maklum.