Berita sekolah

LAPORAN TAKLIMAT SARANA IBU BAPA DAN AGIHAN BUKU SARANA IBU BAPA MURID TAHUN 1

TARIKH        : 10 MEI 2014 (SABTU)
MASA            : 9.00 – 11.00 PAGI
TEMPAT        : PUSAT SUMBER SKTPP2

Taklimat
dijalankan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap peranan mereka
dalam memajukan pendidikan anak-anak dan meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam
membantu pembelajaran anak. Taklimat telah sampaikan oleh En. Mohd Faiz bin Mat
Isa, Mantan YDP PIBG, dibantu oleh AJK PIBG dan pihak sekolah. Kehadiran ibu
bapa amatlah membanggakan.
Semasa sesi taklimat,
ibu bapa mengisi borang soal-selidik sarana ibu bapa dan sarana sekolah serta borang
khidmat bantu kepada sekolah. Ibu bapa yang hadir juga diberikan buku sarana
ibu bapa yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil
dapatan didapati ramai ibu bapa mempunyai kesedaran terhadap peranan mereka
dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga ingin membantu
pihak sekolah dalam pelbagai bidang kepakaran.

Berikut antara
gambar sekitar taklimat sarana :
Sesi pendaftaran
Bacaan doa oleh En. Mokhtarudin,
bapa kepada murid Tahun 1

Kehadiran ibu bapa yang membanggakan

Ucapan  alu-aluan oleh En. Idris bin Hussain, YDP
PIBG

En. Faizal
bin Kamil selaku pengacara majlis merupakan salah seorang AJK PIBG

Antara AJK
PIBG yang memperkenalkan diri

Taklimat sarana
disampaikan oleh En. Mohd Faiz bin Mat Isa, Mantan YDP PIBG

AJK PIBG
mengagihkan buku sarana dan borang soal-selidik
Ibu bapa mengisi borang soal-selidik dan membaca buku sarana ibu
bapa

Ucapan penutup oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar SKTPP2

AJK PIBG
dan ibu bapa sama-sama membantu mengemas semula Pusat Sumber Sekolah

Disediakan
oleh:
Setiausaha
PIBG