SK Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Kursus Menangani Stress, Pembinaan Blog dan Al Baghdadi pada 16 Mac 2013 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer 1. Objektif kursus ini dijalankan adalah:
a) Memberi idea – idea bagaimana menguruskan kerja tanpa stress.
b) Cara – cara membina blog dan membuat posting dalam blog.
c) Pendedahan kaedah baru dalam mengaji Al Quran.
Atur cara
8.00pg – 10.30pg – Cara Menguruskan kerja tanpa stress
11.00pg – 12.30ptg – Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Pagi)
– Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Petang)
12.30ptg – 2.00ptg – Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Pagi)
– Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Petang)
Penceramah yang terlibat:
1) Ahmad Fakrullah bin Zainal Abidin
2) Ustaz Mohd Razis bin Shainisi
3) Norhafizah binti Che Zainal

