Bermula pada tahun 2012, setiap murid KSSR (Tahun 1 dan 2) mesti mempunyai sebuah fail bagi tujuan pengurusan KSSR-PBS. Fail ini iaitu Fail Perkembangan Murid akan disimpan di sekolah sehingga murid tersebut tamat sekolah atau berpindah keluar. Berikut merupakan kandungan fail tersebut :
- Maklumat murid
- Pelaporan penyataan formatif tahun 1-6.
- Pelaporan penyataan sumatif tahun 1-6.
- Sijil / dokumen penghargaan, pengiktirafan pencapaian dan penglibatan murid.
- Evidens-evidens murid pada tahun semasa.
Evidens-evidens murid akan disimpan di dalam fail tersebut dan akan dipulangkan kepada murid / ibu bapa/ penjaga pada akhir setiap semester semasa hari Jalinan Mesra 1 dan 2. Evidens-evidens ini merupakan instrumen murid di mana setiap pencapaian akan direkod dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Sekiranya anak tuan/puan masih belum mempunyai fail ini di sekolah, guru kelas akan memaklumkan kepada anak tuan/puan melalui Buku Komunikasi.
Terima kasih.