Berita sekolah

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 6 2012

Majlis Permuafakatan Tahun 6 2012 telah diadakan pada Sabtu, 14 Januari 2012 bertempat di Dewan Terbuka SK Tmn Putra Perdana 2. Majlis ini bertujuan untuk sesi pembentangan dan perbincangan aktiviti-aktiviti dan program yang akan dijalankan bagi persediaan menghadapi UPSR tahun 2012 di antara pihak sekolah khususnya pentadbir dan guru-guru tahun 6 bersama-sama ibu bapa murid-murid tahun 6 2012. Beberapa cadangan bernas telah diberikan oleh ibu bapa yang hadir dan akan dibincangkan dan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini.Berikut adalah beberapa butiran yang berlangsung pada majlis itu.

Pendaftaran ibu bapa & penjaga
Ibu bapa & penjaga yang hadir ke Majlis Permuafakatan Tahun 6 2012

Guru besar, Encik Md. Zohri bin Saluki menyampaikan ucapan.
Guru penolong kanan pentadbiran, Puan Siti Hanim memberikan taklimat tentang Program Kecemerlangan Tahun 6 2012.

Sesi pertanyaan dan cadangan daripada ibu bapa dan penjaga yang hadir