Berita sekolah

PROGRAM MAJU DIRI (PMD)

Program di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling,SKTPP2 ini merupakan program tahunan yang dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan untuk murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.Program tersebut telah diadakan pada ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 4 – 6 Januari 2012 (Rabu-Jumaat)
Masa : 7.30 pagi-10.00 pagi
Tempat : SKTPP2

Tujuan program
– Untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid dan guru
– Meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri
– Motivasi awal supaya lebih bersemangat untuk belajar
– Memupuk rasa tanggungjawab untuk menuntut ilmu pengetahuan serta kepentingannya dalam kehidupan

Terima kasih kepada semua warga SKTPP2 yang terlibat secara langsung sepanjang program diadakan.