SKTPP2 mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 1.
Program Transisi Tahun 1 SKTPP2 akan diadakan bermula dari 4 Januari – 13 Januari. Murid-murid diminta membawa sebuah buku tulis, buku komunikasi dan alat tulis sahaja sepanjang minggu Program Transisi ini.
Untuk makluman ibu bapa / penjaga dan murid, jadual kelas akan diedarkan kepada murid pada akhir Program Transisi nanti.
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.
Pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari, majlis Pembukaan Program Transisi diadakan seperti berikut :
1. Murid berkumpul di Dewan Terbuka mengikut kelas masing-masing.
2. Bacaan Doa
3. Ucapan alu-aluan oleh Pen. Kanan Petang, Pn. Norlela binti Hashim.
3. Ucapan alu-aluan oleh Pen. Kanan Petang, Pn. Norlela binti Hashim.
3. Taklimat Disiplin oleh En. Lukman bin Abdullah selaku guru disiplin.
4. Murid-murid beredar ke kelas diiringi guru kelas untuk program-program di dalam kelas.
Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada majlis Pembukaan Program Transisi Tahun 1.
En. Lukman bin Abdullah memberi Taklimat Disiplin.
Wajah-wajah murid Tahun 1 SKTPP2 2012.

